Anda risau wireless anda di crack atau di hack oleh mereka disekitar anda? Anda merasakan speed internet anda tak macam dulu sebab ada yang mencuri wireless korang? Dah laa pakai kelajuan 1Mbps, orang curi atau “share” pulak wifi. Tu yang jadi slow tu. Jadi, AWAS si pencuri Wireless!!
Ada penyelesaiannya. Mula-mula jika anda nak tahu wireless anda sedang digunakan oleh pihak ketiga, sila lihat lampu signal wireless di modem. Dan jangan ON kan sebarang gajet anda yang gunakan wireless. Jika ada berkelip-kelip, maka ada mereka yang gunakannya. Jika stabil sahaja, maka ia normal kerana tiada wireless connection dari anda.
Dari sini anda dapat lihat berapa devices atau gajet yang berhubung dengan wireless router anda. MAC address dan IP Address dikesan. Nak confirm kan MAC address anda, boleh SEMAK MAC ADDRESS DISINI.
Jadi, jika anda dapati terdapat MAC Address bukan kepunyaan anda, maka anda boleh block devices atau gajet tersebut. Anda boleh klik Advance dan Advance Wireless.
Dan di bahagian Wireless MAC Filter, anda boleh block MAC Address yang tidak dikenali yang mungkin anda detect sebagai ‘penceroboh’. Ini adalah cara yang lebih kurang sama dengan FILTER RULES dalam entry Cara Block dan Unblock Website dan PC. Jadi terlerailah persoalan Executive MAS Cargo mengenai kenapa perlu tahu MAC Address sesebuah devices.
Satu lagi cara adalah dengan anda tukarkan setting Wireless kepada HIDE. So, connection wireless adalah disembunyikan. Ada beberapa router sekarang yang compatible dengan UniFi, contohnya ASUS. tapi configuration kena tengok manualnya sendiri la. hehehee
0 komentar:
Post a Comment